Artikal


Bermazhab Satu Keperluan ???

Merujuk dari Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi untuk berhujjah dengan Kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba'i Mazhabin Mua'yyanin Minal Madzaahibil Arba'ah karangan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al Ma'shumi Al Khajandi Al Makki) - ulama wahhabi terkenal yang juga guru besar Masjidil Haram yang telah menghukum bahawa mengikut mazhab itu adalah haram dan mempromosikan bebas mazhab (Alla mazhabiyyah) .
Taqlid ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujah dan yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tidak ada bezanya taqlid dan ittiba' kerana kedua-duanya mempunyai erti yang sama.Dalam al Quran, ALLah 'azza wa Jalla menggunakan kata-kata ittiba' sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firman -Nya yang bermaksud :
"(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti,"Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas dari kami..." ( Al Baqarah : 166-167)
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksudkan ittiba' dalam ayat itu ialahtaqlid buta yang terlarang. Ada pun istilah yang pergunakan membezakan erti taqlid dan ittiba' dalam masalah ini, hanya ada dua alternatif iaitu :Apabila anda (Syeikh Khajandi) mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan melakukan istinbath bererti anda adalah seorang mujtahid.Tetapi apabila anda (Syeikh Khajandi) tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath, anda adalah orang yang taqlid kepada mujtahid. Ada pun banyaknya lafaz dan istilah tidak akan mengubah kenyataan ini.Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad?
Berikut ini kami (Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi) tunjukkan dalil dari beberapa segi :Pertama : ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman bermaksud :
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui"
( an Nahl:43)
Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.Semakna dengan ayat itu, firman ALLah subahanahu wa ta'ala yang bermaksud :
"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman (mukmin) itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka, beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mreka itu dapat menjaga dirinya?" (Surah at Taubah : 122)
Dalam ayat ini, ALlah 'azza wa Jalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tetapi memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal di tempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila yang pergi berperang telah kembali. Mereka akan mendapatkan orang-orang yang dapat memberikan fatwa tentang urusan halal dan haram serta menjelaskan hukum-hukum ALLah subahanahu wa ta'ala lainnya. (Al Jaami' Li Ahkaamil Quraan Imam Al Qurthubu, Jilid VIII, hlmn 293-294)
Kedua : Adanya ijma' yang menunjukkan bahawa para sahabat Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua. Di antara mereka ada yang menjadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalilnya kepada yang meminta fatwa. RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum ke daerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam. Selain hanya mengetahui aqidah dan rukun-rukun sahaja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut pautnya dengan halal dan haram.Apabila para utusan rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukan dalilnya dari Al Kitab (al Quran al Karim) dan As Sunnah ((al Hadith Asy Syarif), ia melakukan ijtihad dan memberi menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya. Selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.
Imam al Ghazali RahimahuLLah dalam kitabnya Al Mustashfa pada bab Taqlid dan Istisfa mengatakan :
"Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma' sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkannya untuk mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapt diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama mahupun awam."
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :
"Adapun dalil taqlid dari segi ijma' ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi'in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak.
"IbnuNafis:Syeikh Asy syatibi berkata seperti berikut :
Firman Allah " Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui "(Surah an Nahl :43)
Orang yang taqlid bukanlah orang yang alim. Oleh kerana itu, tidak sah baginya selain bertanya kepada ahli ilmu. Para ahli ilmu itulah tempat kembali baginya urusan hukum agama secara mutlak. Jadi kedudukan mereka bagi orang yang taqlid serta ucapannya seperti syarak.(Al Muwafaqah, Karya Asy SYatibi, Jilid IV hlmn 290)Orang yang alim tentang masalah syariat bila diikuti orang lain adalah kerana ilmunya tentang syariat bukan kerana segi lain. Jadi, pada hakikatnya dia menyampaikan apa yang diterima dari RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam, sedangkan beliau sallaLlahu 'alaihi wasallam menyampaikan apa yang diterima dari ALlah azza wa jalla.
Selanjutnya Imam Asy Syatibi rahimahuLlah berkata :
Dengan demikian keadaan mukallaf yang dibebani hukum syariat terbahagi kepada 3 macam iaitu :
  • Seorang mujtahid, kewajibannya ialah melaksanakan hasil ijtihadnya.
  • Seorang muqallid yang murni, iaitu tidak mengetahui apa-apa tentang hukum. Kewajipannya ialah harus ada orang yang membimbingnya dan menuntunnya kemudian ia mengikutinya. Sudah tentu ia ikut kepadanya kerana faktor ilmunya.Kalau kemudian ia mengetahui atau mempunyai dugaan yang kuat bahawa orang yang diikutinya bukan ahli ilmu, dia tidak boleh mengikutinya dan tunduk kepadanya. Bahkan, sedikit pun tidak boleh ada bisikan hati untuk taqlid kepadanya. sebagaimana tidak mungkin orang sakit menyerahkan dirinya kepada seseorang yang bukan doktor. Kecuali kalau pesakit itu sudah kehilangan akal (gila). Dengan demikian, kesimpulannya bahawa seorang mufti diikuti fatwanya kerana faktor ilmunya, bukan faktor peribadi sebagai seorang manusia.
  • Ia belum mencapai tingkat ijtihad tetapi mampu memahami dalil dan mampu melakukan tarjih. Untuk golongan ketiga ini, kita perlu melihat keadaannya. Bila berkemampuan tarjihnya dapat dianggap memenuhi syarat, bererti ia adalah mujtahid sebab hakikat mujtahid hanyalah mengikuti ilmu dan menganalisisnya. Jadi orang yang mampu melakukan tarjih dan dapat diterima hasil tarjihnya adalah seorang mujtahid.Akan tetapi, bila tarjihnya masih belum dapat diterima, keadaannya adalah sama dengan orang awam. Hal ini kerana orang awam mengikut mujtahid untuk mendapatkan kebenaran ilmu yang tidak mampu ia lakukan sendiri. Demikianlah halnya orang yang tarjihnya masih belum diterima .
( Al I'tisham, susunan Imam Asy Syatibi, jilid III, hlmn 250)Imam Ad Dahlawi dari Ibn Hazm dalam Kitabnya Hujjatullaahil Balighah, Jilid 1, Halaman 123 menyatakan seperti berikut :
"Ketahuilah bahawa mazhab empat sudah dibukukan dan diteliti secara cermat. Para ulama muktabar telah ijma' mengikuti mazhab-mazhab tersebut sampai hari ini. Bagi mereka yang mengikuti mazhab-mazhab itu terdapat kemaslahatan yang tiada kesamaran lagi, apatah lagi pada hari ini ketika kefahaman manusia sangat terbatas dan jiwa seseorang sudah dicampuri hawa nafsu dan masing-masing saling membanggakan pendapatnya. Dan terlalu banyak kefasikan yang melanda umat tidak terkecuali dari kalangan ahli agama.Maka pendapat Imam Ibnu Hazm bahawa taqlid itu adalah haram dan tidak halal bagi seorang pun mengambil ucapan seseorang, selain RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam Hanya dianggap sempurna (benar) sekiranya individu tersebut mampu melakukan ijtihad berdasarkan syarat syarat sebagai mujtahid"
Sumber rujukan : Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi.









Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]
Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].
Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allas SWT]. Kitab ini bertajuk:
[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]
“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”
Kitab ini adalah satu penerangan dan kritikan yang penuh ilmiah terhadap ajaran Wahhabi yang dikarang oleh seorang alim seperti beliau.
“Cukuplah pujian bagi kitab ini dengan disebutkan nama penulisnya.”
Terjemahan:
“Dan manakala apabila seorang Muslim mentakrifkan / memperkenalkan dirinya dengan menyatakan bahawa dia disandarkan kepada sebuah mazhab yang dikenali pada hari ini dengan al-Salafiyyah, maka tanpa ragu-ragu lagi dia adalah seorang ahli bid’ah.
Ini adalah kerana sekiranya istilah “al-Salafiyyah” boleh memberi maksud yang sama seperti “Ahli Sunnah dan Jamaah”, maka sesungguhnya dia telah melakukan bid’ah dengan mencipta nama yang berbeza dengan nama yang telah disepakati oleh generasi Salaf [Semoga keredhaan Allah dilimpahkan ke atas mereka].
Dan nama yang bid’ah lagi tidak diperlukan ini telah cukup untuk menimbulkan ketidakstabilan dan perpecahan di dalam saf-saf [perpaduan] umat Islam.
Dan manakala sekirannya nama al-Salafiyyah ini memberi maksud yang berbeza dengan dengan hakikat Ahli Sunnah dan Jama’ah – dan inilah kebenarannya – maka bid’ah ini telah berlaku dengan nama rekaan tersebut [al-Salafiyyah] serta kandungannya yang bathil, dan istilah ini cuba menegakkan benderanya dan mengangkat kedudukannya sebagai ganti kepada kebenaran yang telah disepakati oleh generasi Salaf dan [generasi Salafus Soleh pada hakikatnya] telah berijma’ menggunakan nama “Ahli Sunnah dan Jama’ah” [bagi golongan yang benar].”
Maka telah terbuktilah bid’ah [golongan Salafi Wahhabi ini] dalam menggunakan istilah “al-Salafiyyah” di samping maksudnya yang juga bid’ah untuk digunakan sebagai jenama/nama bagi sebuah kumpulan baru [Salafi Wahhabi] yang memisahkan diri mereka dari jemaah umum Umat Islam yang bersatu dalam menggunakan istilah “Ahli Sunnah dan Jama’ah” serta berpegang dengan hakikat [Ahli Sunnah dan Jama’ah] yang benar.”
Dapat difahami daripada kata-kata di atas bahawa al-Sheikh al-Bouthi:
  1. Menerangkan bahawa istilah al-Salafiyyah adalah satu istilah yang bid’ah dan bertentangan dengan kesepakatan ulama’ generasi Salaf.
  2. Menolak istilah al-Salafiyyah untuk digunakan sebagai ganti Ahli Sunnah dan Jamaah.
  3. Berterus-terang bahawa kandungan ajaran yang dibawa oleh kelompok Salafiyyah Wahhabiyyah adalah bukan merupakan pegangan Ahli Sunnah dan Jamaah.
Semoga nasihat beliau ini mampu melembutkan hati yang keras, menghidupkan hati yang mati, menyedarkan hati yang lalai, mengubati hati yang berpenyakit dan meluruskan hati yang terpesong dengan izin Allah SWT dan berkat kasih sayang-Nya kepada Rasulullah SAW.
Wassalam
http://al-ashairah.blogspot.com






In general, motor aku mesti
  • 2 seater. leh bawak bini
  • ada box kat belakang. untuk kemudahan stor barang
  • bakul kalau boleh pasang adalah kelebihan
  • reliable + good long distance performance. sebab aku pun sekarang merempit dari ampang ke cyberjaya. lepas ni tatau la sewa kat mana dan berulang ke ampang. mungkin aku akan tinggal kat shah alam.
  • CC target = 125-150. Lebih dari tu harga motor tu mahal
  • maintenance boleh tahan.
  • memang target pakai lama. 10 tahun ke.
So far aku ada 2 motor yang aku dah aim, satu motor yang nak tapi terpaksa reject :(
Suzuki Belang R
(gambar kredit Duniamoto.com)
Kelebihan motor suzuki Belang R ini sebab CC dia. 150. Adik aku cakap kalau gear 6 memang boleh sampai lebih 150km/j. Aku tanya member aku kaki motor dia cakap mmg berdesup. Tapi ada gak orang cakap sparepart kurang dan kalau nak jual balik rendah. tapi aku taknak jual balik. motor ni takleh pasang bakul tapi aku nak pasang box takde masalah. disc brake depan belakang memang ngam. tapi ultimate win bagi aku sebab mamat ni travel satu malaya pakai Belang R dia.
Aku memang ada harap nak kembara macam tu gak.
Yamaha 135 LC
(kredit gambar dari masterbikers.com)
Yang ni lak konfem leh pasang bakul. kekurangan dia CC rendah sikit 135 pastu orang cakap barang panas. tak lock memang hilang. dah pulak. belakang dia tak pakai disc brake. support rasa banyak sebab banyak moto dia kat market kan. aku paling tak berkenan bila orang cakap barang panas. aku nak letak mana mana pun jadi paranoid.
So far motor yang aku reject adalah Kawasaki KSR sebab single seat (bole pasang tambahan tp kecik) dan Naza GTR sebab kurang reliable. Gamabr adalah seperti berikut
Kawasaki KSR
Naza GTR
Haihla aku paling berkenan kawasaki KSR sbb dah try bawak tapi tula, bakal isteri aku mmg kecik orangnya. AKU PULAK BUNCIT GEMUK kang sempit dia duduk kalau kawasaki KSR tu ada box mcm atas tu.
So tolong aku ya buat keputusan. nak suggest pun boleh. include sekali review atau gambar dalam comment box. thanks semua!
Kalo nak, aku nak je beli Honda Police Cruiser tu. Speed sedap, cruise mantap!


Add Our Banner

Blogger Gadgets

qiblalocator

quranexplorer.com